BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 20, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH, SUKANEKA & MALAM KEMESRAAN

Persembahan Murid-murid Tahap 1

Penyampaian Hadiah

Kelab Kebudayaan yang membuat persembahan

Siong Tengah Idol

Pertandingan Ratu Kebaya

Tempat: SK Sg. Siong Tengah
Tarikh: 19 November 2009 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi - 11 malam

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah telah diadakan dengan pelbagai acara tersusun rapi. Di antaranya adalah Konvokesyen Pra Sekolah, Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada murid-murid, penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah, dan pelbagai lagi.

Sukaneka juga telah diadakan pada waktu petang yang turut disertai oleh penduduk rumah panjang. Pelbagai acara seperti Ikat Kaki, Pasak Bumi, Makan Buah Berpasangan, Tarik Tali, dan sebagainya berlangsung dengan meriahnya. Acara dihangatkan lagi dengan Malam Kemesraan di mana ia merupakan medan mengetengahkan bakat terpendam melalui acara Pekit Minum Air Coca-Cola, Ratu Kebaya, Ratu Kemesraan, Siong Tengah Idol dan Suara Emas.

Seluruh warga SK Sg.Siong Tengah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat, penderma-penderma hadiah, ibu bapa, penduduk kampung dan murid-murid. Sekalung penghargaan buat semua...

TEMASYA SUKAN DARAT GRB7

Para atlit yang tidak menghampakan

hujan sedang membasahi bumi

pertandingan bermula
johan, naib johan dan ketiga

Olahragawan Terbaik-Fryatt Galau

Pada 14 November 2009 (Sabtu) yang lalu, sekolah-sekolah GRB7 sekali telah menganjurkan satu aktiviti bagi kesinambungan program GRB7. Bertempat di SK Sg. Siong, Temasya Sukan Darat GRB7 telah diadakan dengan jayanya. Semua sekolah yang terlibat mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan iaitu lari 100m, 200m 4x100m, 4x200m dan Lontar Peluru. Peserta dibahagikan dalam kategori Lelaki A, Lelaki B dan Lelaki C; begitu juga dengan peserta perempuan. Majlis dimulakan agak lewat kerana hujan lebat membasahi bumi. Tempat pertama dimenangi oleh SK SG. SIONG TENGAH dengan kutipan emas sebanyak 12 pingat, diikuti oleh SK SG. SIONG dengan 5 pingat emas dan tempat ketiga disandang oleh SK ULU SG. SIONG dengan 3 pingat emas. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah ditambah lagi dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan kepada para peserta. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga GRB7 di atas penganjuran program seperti ini. Diharap program GRB7 dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan.


Monday, November 9, 2009

SUKANEKA MINI SK SG.SIONG TENGAH

RUMAH D-GIE JUARA KESELURUHAN. D-GIE BOLEH!

PEMILIHAN WAKIL RUMAH D-GIE

GURU-GURU KHUSYUK MENDENGAR
TAKLIMAT RINGKAS

C.JOUNY SELAKU PK KK MEMBERI TAKLIMAT
(C.AMBROSE MENGURUSKAN P.A SYSTEM)

RUMAH SUKAN (MACCIS~SELKOM~D-GIE

Bertempat di Gelanggang Serbaguna SK Sg. Siong Tengah, pada 19 Oktober 2009 (Isnin) yang lalu telah diadakan Sukaneka Mini sebagai mengakhiri aktiviti kokurikulum bagi tahun 2009. Semua murid dan kakitangan sekolah terlibat dalam aktiviti yang dijalankan pada 2.30 petang dan berakhir pada 4.00 petang. Berikut adalah maklumat aktiviti:

  • Aktiviti Sukaneka:
  1. Tiup Tepung
  2. Memancing Botol
  3. Music Chair
  4. Memijak Belon Berpasangan
  • Rumah Sukan:
  1. D-Gie
  2. Maccis
  3. Selkom
Rumah D-Gie telah menjuarai sukaneka pada petang tersebut diikuti oleh Maccis dan Selkom. Syabas diucapkan. Ribuan terima kasih kepada seluruh warga SK Sg. Siong Tengah yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini.

Friday, November 6, 2009

PROGRAM PASCA UPSR

look delicious..time to eat!

donat sedang digoreng

pelajar perempuan sedang mencanai doh

hampir siap

doh

mencanai

Cikgu Jac selaku 'chef' bagi program ini

khusyuk mendengar penerangan

pelajar lelaki mencuba mengisar gula

Sempena musim UPSR yang telah berlalu, ketua-ketua panitia matapelajaran BM, MT, SN dan BI Sg. Siong Tengah telah bekerjasama merangka pelbagai aktiviti untuk program Pasca UPSR. Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah How To Make Doughnut? dan Word Maze (SN), Storytelling dan Quiz (BI) dan permainan Line of Five (MT). Program ini berjalan dengan lancar dan objektifnya juga tercapai. Diharap para calon UPSR ini beroleh keputusan cemerlang.