BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 3, 2009

JAMUAN MAKAN MALAM KAKITANGAN SK SG SIONG TENGAH


Tempat: RH Hotel, Sibu
Masa: 0700 pm

Majlis Makan Malam ringkas telah diadakan di RH Hotel dengan dihadiri seramai 12 orang termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Majlis diadakan bagi meraikan usaha dan penat lelah guru-guru dan kakitangan bagi sesi 2009 ini. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama guru dan kakitangan serta pertemuan akhir sebelum berjumpa kembali bagi sesi 2010 akan datang.

Selamat Bercuti buat semua guru dan kakitangan. Semoga cuti kita dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan kembali bersemangat untuk sesi akan datang.

Friday, November 20, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH, SUKANEKA & MALAM KEMESRAAN

Persembahan Murid-murid Tahap 1

Penyampaian Hadiah

Kelab Kebudayaan yang membuat persembahan

Siong Tengah Idol

Pertandingan Ratu Kebaya

Tempat: SK Sg. Siong Tengah
Tarikh: 19 November 2009 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi - 11 malam

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah telah diadakan dengan pelbagai acara tersusun rapi. Di antaranya adalah Konvokesyen Pra Sekolah, Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada murid-murid, penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah, dan pelbagai lagi.

Sukaneka juga telah diadakan pada waktu petang yang turut disertai oleh penduduk rumah panjang. Pelbagai acara seperti Ikat Kaki, Pasak Bumi, Makan Buah Berpasangan, Tarik Tali, dan sebagainya berlangsung dengan meriahnya. Acara dihangatkan lagi dengan Malam Kemesraan di mana ia merupakan medan mengetengahkan bakat terpendam melalui acara Pekit Minum Air Coca-Cola, Ratu Kebaya, Ratu Kemesraan, Siong Tengah Idol dan Suara Emas.

Seluruh warga SK Sg.Siong Tengah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat, penderma-penderma hadiah, ibu bapa, penduduk kampung dan murid-murid. Sekalung penghargaan buat semua...

TEMASYA SUKAN DARAT GRB7

Para atlit yang tidak menghampakan

hujan sedang membasahi bumi

pertandingan bermula
johan, naib johan dan ketiga

Olahragawan Terbaik-Fryatt Galau

Pada 14 November 2009 (Sabtu) yang lalu, sekolah-sekolah GRB7 sekali telah menganjurkan satu aktiviti bagi kesinambungan program GRB7. Bertempat di SK Sg. Siong, Temasya Sukan Darat GRB7 telah diadakan dengan jayanya. Semua sekolah yang terlibat mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan iaitu lari 100m, 200m 4x100m, 4x200m dan Lontar Peluru. Peserta dibahagikan dalam kategori Lelaki A, Lelaki B dan Lelaki C; begitu juga dengan peserta perempuan. Majlis dimulakan agak lewat kerana hujan lebat membasahi bumi. Tempat pertama dimenangi oleh SK SG. SIONG TENGAH dengan kutipan emas sebanyak 12 pingat, diikuti oleh SK SG. SIONG dengan 5 pingat emas dan tempat ketiga disandang oleh SK ULU SG. SIONG dengan 3 pingat emas. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah ditambah lagi dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan kepada para peserta. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga GRB7 di atas penganjuran program seperti ini. Diharap program GRB7 dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan.


Monday, November 9, 2009

SUKANEKA MINI SK SG.SIONG TENGAH

RUMAH D-GIE JUARA KESELURUHAN. D-GIE BOLEH!

PEMILIHAN WAKIL RUMAH D-GIE

GURU-GURU KHUSYUK MENDENGAR
TAKLIMAT RINGKAS

C.JOUNY SELAKU PK KK MEMBERI TAKLIMAT
(C.AMBROSE MENGURUSKAN P.A SYSTEM)

RUMAH SUKAN (MACCIS~SELKOM~D-GIE

Bertempat di Gelanggang Serbaguna SK Sg. Siong Tengah, pada 19 Oktober 2009 (Isnin) yang lalu telah diadakan Sukaneka Mini sebagai mengakhiri aktiviti kokurikulum bagi tahun 2009. Semua murid dan kakitangan sekolah terlibat dalam aktiviti yang dijalankan pada 2.30 petang dan berakhir pada 4.00 petang. Berikut adalah maklumat aktiviti:

  • Aktiviti Sukaneka:
  1. Tiup Tepung
  2. Memancing Botol
  3. Music Chair
  4. Memijak Belon Berpasangan
  • Rumah Sukan:
  1. D-Gie
  2. Maccis
  3. Selkom
Rumah D-Gie telah menjuarai sukaneka pada petang tersebut diikuti oleh Maccis dan Selkom. Syabas diucapkan. Ribuan terima kasih kepada seluruh warga SK Sg. Siong Tengah yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini.

Friday, November 6, 2009

PROGRAM PASCA UPSR

look delicious..time to eat!

donat sedang digoreng

pelajar perempuan sedang mencanai doh

hampir siap

doh

mencanai

Cikgu Jac selaku 'chef' bagi program ini

khusyuk mendengar penerangan

pelajar lelaki mencuba mengisar gula

Sempena musim UPSR yang telah berlalu, ketua-ketua panitia matapelajaran BM, MT, SN dan BI Sg. Siong Tengah telah bekerjasama merangka pelbagai aktiviti untuk program Pasca UPSR. Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah How To Make Doughnut? dan Word Maze (SN), Storytelling dan Quiz (BI) dan permainan Line of Five (MT). Program ini berjalan dengan lancar dan objektifnya juga tercapai. Diharap para calon UPSR ini beroleh keputusan cemerlang.

Sunday, October 25, 2009

MAJLIS PERPISAHAN GURU GANTI (CIK VERONICA GUMAS)

En.Mackla selaku wakil GB
menyerahkan cenderamata daripada
warga SK Sg.Siong Tengah

Tarikh: 2 Oktober 2009
Tempat: Dewan SK Sg.Siong Tengah
Masa: 10.20 pagi - 11.20 pagi

Cik Veronica Gumas, guru ganti di SK Sg.Siong Tengah telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sepanjang 12 minggu di sekolah ini. Sedikit jamuan diadakan bagi meraikan perpisahan dengan beliau. Diharap Cik Veronica akan terus sukses dalam bidang yang diceburinya selepas ini. Seluruh warga SK Sg. Siong Tengah mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasanya di sekolah ini.

Thursday, September 10, 2009

MAJLIS MOTIVASI CALON-CALON UPSR

Wajah calon2 UPSR yang diraikan

Cikgu Jouny Sebli sebagai MC dan 'bapa' memberikan
kata alu-aluan

Cikgu Denis (PKK) selaku wakil kepada GB

Guru2 bersalam dgn calon2 &
memberikan kata2 semangat

Guru2 memberikan ucapan kata2 semangat
buat anak-anak tersayang

Persembahan daripada murid Tahun 1
hingga Tahun 5

Murid2 Tahun 1-5 bersalaman dengan calon2 UPSR

Semangat yang jelas daripada wajah calon2

Pada hari Isnin, 7 Sepetmber 2009 telah diadakan satu majlis ringkas khas buat calon-calon UPSR SK Sg. Siong Tengah. Majlis ini merupakan sebuah kejutan buat mereka dan memberikan peluang kepada seluruh warga SK Sg. Siong Tengah untuk memberikan kata-kata semangat buat mereka. Jelas kelihatan kegusaran di wajah mereka memandangkan keesokam harinya merupakan permulaan perjuangan bagi menentukan masa depan mereka.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Cikgu Jouny selaku guru kelas Tahun 6 dan diikuti oleh Cikgu Denis selaku wakil kepada Guru Besar. Seterusnya semua guru-guru memberikan sedikit motivasi untuk menaikkan semangat calon-calon UPSR ini. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 diberi peluang untuk membuat persembahan berupa kata-kata dan doa buat kakak-kakak dan abang-abang mereka.

Diharapkan semangat para calon semakin berkobar-kobar untuk mencipta kejayaan atas segala kata-kata semangat yang diberikan. Semoga kalian berjaya dalam UPSR...

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN SUDAH TIBA



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA GURU-GURU ISLAM SK SG.SIONG TENGAH DAN MURID-MURID....MUDAH-MUDAHAN RAMADHAN INI MEMBERI SERIBU KEBERKATAN BUAT KITA SEMUA...AMIN.

KEM MOTIVASI TAHUN 6 GRB 7

taklimat peserta oleh Cikgu Denis

Ceramah Matematik

Guru-guru yang sibuk...

Cikgu Faizul menyiapkan plak

Antara cenderahati

Pemasangan papan tanda

Penjaga kaunter pendaftaran peserta

Para peserta

Guru-guru pembimbing menyediakan
bahan untuk Tresure Hunt

Ceramah BM

Tresure Hunt di dalam hujan lebat

Makan malam...

Malam Kebudayaan

Sebelum Malam Penghayatan

Persembahan Majlis Penutup

Tempat: SK Sg. Siong Tengah
Tarikh: 20 Ogos - 21 Ogos 2009 (Khamis & Jumaat)
Sekolah-sekolah yang terlibat: Semua sekolah GRB 7

Kem Motivasi ini telah berlangsung dengan jayanya. Semua guru memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kejayaan murid-murid dalam UPSR yang bakal menjelang tiba. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan staf sokongan yang banyak berkorban masa dan tenaga sepanjang merencanakan program ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat guru-guru yang memberikan ceramah bagi program ini. Diharap murid-murid sekolah GRB 7 ini memperoleh sesuatu daripada kem ini dan seterusnya menempa kejayaan dalam UPSR kelak. Syabas dan tahniah buat SK Sg. Siong Tengah selaku tuan rumah program ini.

Para penceramah:
  • BM - Cikgu Drahman Bujang (SK Sg. Aup)
  • BI - Cikgu Jacqueline Polycarp (SK Sg. Siong Tengah)
  • MT - Cikgu Sia Huat Chuong (SK Sg. Siong)
  • SN - Cikgu Andrian James (SK Sg. Sebintek)