BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN SUDAH TIBA



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA GURU-GURU ISLAM SK SG.SIONG TENGAH DAN MURID-MURID....MUDAH-MUDAHAN RAMADHAN INI MEMBERI SERIBU KEBERKATAN BUAT KITA SEMUA...AMIN.

KEM MOTIVASI TAHUN 6 GRB 7

taklimat peserta oleh Cikgu Denis

Ceramah Matematik

Guru-guru yang sibuk...

Cikgu Faizul menyiapkan plak

Antara cenderahati

Pemasangan papan tanda

Penjaga kaunter pendaftaran peserta

Para peserta

Guru-guru pembimbing menyediakan
bahan untuk Tresure Hunt

Ceramah BM

Tresure Hunt di dalam hujan lebat

Makan malam...

Malam Kebudayaan

Sebelum Malam Penghayatan

Persembahan Majlis Penutup

Tempat: SK Sg. Siong Tengah
Tarikh: 20 Ogos - 21 Ogos 2009 (Khamis & Jumaat)
Sekolah-sekolah yang terlibat: Semua sekolah GRB 7

Kem Motivasi ini telah berlangsung dengan jayanya. Semua guru memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kejayaan murid-murid dalam UPSR yang bakal menjelang tiba. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan staf sokongan yang banyak berkorban masa dan tenaga sepanjang merencanakan program ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat guru-guru yang memberikan ceramah bagi program ini. Diharap murid-murid sekolah GRB 7 ini memperoleh sesuatu daripada kem ini dan seterusnya menempa kejayaan dalam UPSR kelak. Syabas dan tahniah buat SK Sg. Siong Tengah selaku tuan rumah program ini.

Para penceramah:
  • BM - Cikgu Drahman Bujang (SK Sg. Aup)
  • BI - Cikgu Jacqueline Polycarp (SK Sg. Siong Tengah)
  • MT - Cikgu Sia Huat Chuong (SK Sg. Siong)
  • SN - Cikgu Andrian James (SK Sg. Sebintek)

PANORAMA INDAH SEKOLAHKU

Staf & guru2
belakang (kiri): C.Hayatee, Pn.Pauline, C.Lily, C.Mas,
C.Jac, C.Mariam, C.Hasnul, Pn.Jane
depan (kiri): C.Faizul, C.Mackla, C.Saga, C.Denis,
C.Jouny, C.Ambrose

Bilik Guru

Padang

Blok sekolah

Kelas Pemulihan

laluan ke blok kelas, kuarters dan tandas

pemandangan sekolah

selamat datai

bilik guru dan bilik pemulihan

jambatan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIONG TENGAH terletak kira-kira 44 km dari bandar Sibu. Dikategorikan sebagai sekolah pedalaman 1, sekolah ini telah lama dibina dan kini ia telah banyak berubah wajah atas inisiatif guru besar-guru besar dan guru-guru sekolah ini. Ditadbir oleh En. Saga Ak Endet selaku Guru Besar dan dibantu oleh seramai 11 orang guru. Terdapat Pra sekolah, kelas pemulihan dan kelas biasa. Enrolmen terkini murid-murid adalah 88 orang dan rata-ratanya berketurunan Iban.
Dihubungkan oleh jalan darat, sejauh lebih kurang 8.1 km menuju ke sekolah merupakan jalan berbatu yang tidak bertar. Kemudahan asas yang boleh didapati adalah kemudahan air bersih berpam elektrik, tenaga elektrik 24 jam (genset), akses internet (SchoolNet) dan talian telefon bimbit (semua servis) tetapi tidak begitu kuat.
Nama sekolah ini diperoleh daripada nama Sungai Siong yang mengalir mengelilingi sekolah. Terdapat beberapa buah gugusan sekolah yang mengikut arus sungai ini iaitu SK Sg. Siong dan SK Ulu Sg. Siong. Terdapat 6 buah rumah panjang yang berdekatan sekolah iaitu Rh. Nyanggai, Rh. Langi, Rh. Jiram, Rh. Pom, Rh. Ringgit dan Rh. Umbar.
Mulai tahun 2009, sekolah ini beserta 6 buah sekolah yang berdekatan (SK Lubok Pelaie, SK Sg. Sebintek, SK Sg. Aup, SK Sg. Passai, SK Sg. Siong dan SK Ulu Sg. Siong) telah bergabung tenaga dalam program CO 2 (sekolah contoh). Kumpulan 7 buah sekolah ini digelar GEMILANG RAJA BERSIONG 7 (GRB 7). Terdapat pelbagai aktiviti dirancangkan sepanjang tahun ini demi memenuhi sasaran sekolah contoh ini. Kesemua sekolah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti. Syabas diucapkan. Semoga SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIONG TENGAH terus gemilang dan mencipta kejayaan demi kejayaan..Insyaallah...

SENARAI TERKINI STAF SK SG.SIONG TENGAH:
  • En. Saga Endet (Guru Besar)
  • En. Denis Ak Mabong (Penolong Kanan Kurikulum)
  • En. Mackla Ak Peter Langan (Penolong Kanan HEM)
  • En. Jouny Ak Sebli (Penolong Kanan Kokurikulum)
  • En. Ambrose Luta (Guru Data)
  • Pn. Jacqueline Polycarp (Guru Akademik)
  • Cik Mariam Bt Suhaili (Guru Prasekolah)
  • Cik Lilyantie Bt Adris (Guru Pemulihan)
  • En. Mohd. Faizul Bin Yahya (Guru Akademik)
  • Cik Hayatee Bt Omar (Guru Akademik)
  • Cik Mastinie Abdullah (Guru Akademik)
  • Cik Hasnul Khatimah Bt Abd Manaf (Guru Akademik)
  • Pn. Pauline Ak Unchat (PTR)
  • Pn. Jane Ak James Watt (PPM)