BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

HARI PERMUAFAKATAN 1

Hari Permuafakatan 1 telah diadakan pada 27 Mac 2010 yang lalu. Majlis didahului dengan ucapan daripada Cikgu Denis selaku pemangku Guru Besar tentang objektif majlis ini selain mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi bertemu muka antara guru kelas dan para ibu bapa untuk membincangkan prestasi anak-anak mereka melalui keputusan Ujian Bulanan 1 yang telah dijalankan.



Backdrop

Para guru yang turut serta

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir

Murid-murid

Wakil Tuai Rumah

Majlis berlangsung dengan lancar dan guru-guru dapat membincangkan segala yang berkaitan dengan prestasi murid-murid di dalam perjumpaan ini.

Tuesday, April 27, 2010

UJIAN BULANAN KEDUA DAN UJIAN AKHIR PENGGAL 1

Untuk makluman semua warga Sk. Sg. Siong Tengah.


Ujian bulanan kedua akan diadakan pada 28 hingga 30 April 2010 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Manakala Ujian Akhir Penggal 1 telah dianjakkan ke 24 hingga 27 Mei 2010. Harap maklum.

LAWATAN DAN RAWATAN DARIPADA PERKHIDMATAN PERGIGIAN

TEMPAT : DEWAN SK SG. SIONG TENGAH SIBU

AKTIVITI: SESI CERAMAH DAN RAWATAN PERGIGIAN




Antara peralatan yang disediakan ketika menjalankan rawatan

Jururawat Pergigian sedang menyampaikan ceramah

Poster untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid

Ketika sesi ceramah

Wednesday, March 3, 2010

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN STOR

Aktiviti Unit Beruniform pada hari ini digantikan dengan gotong-royong membersihkan stor Kemahiran Hidup dan stor peralatan sukan. Semua guru-guru melibatkan diri memantau para pelajar.



Murid-murid sedang sibuk mengemaskini barang yang perlu disimpan ke dalam stor semula.

Murid-murid yang keletihan.

Saturday, February 27, 2010

AKADEMIK

Kalendar Akademik 2010


  1. Ujian Bulanan 1 2010
-Tarikh: 23-25 Februari 2010

2. Ujian PRA UPSR
-Tarikh: 2-4 Mac 2010

Semoga berjaya kepada semua murid.

Monday, January 11, 2010

2010

Tahun baru 2010 sudah bermula. Para guru dan murid-murid penuh bersemangat bagi meneruskan sesi persekolahan 2010 ini. Jumlah guru tidak berubah kerana tiada perpindahan.

Sesi fotografi pada hari pertama minggu kedua.
DUDUK (KIRI): EN MOHAMAD FAIZUL, EN MACKLA, EN.SAGA, EN.DENIS, EN.JOUNY, EN.AMBROSE

BERDIRI (KIRI): CIK HAYATEE, PN.JACQUELINE, CIK MASTINIE, CIK LILYANTIE, CIK HASNUL KHATIMAH, CIK MARIAM

TAHUN 1
GURU KELAS: CIK HAYATEE BINTI OMAR

TAHUN 2
GURU KELAS: PUAN JACQUELINE POLYCARP

TAHUN 3
GURU KELAS: CIK HASNUL KHATIMAH

TAHUN 4
GURU KELAS: EN MOHAMAD FAIZUL YAHYA

TAHUN 5
GURU KELAS: EN AMBROSE LUTA AK JUGAH

TAHUN 6
GURU KELAS: CIK MASTINIE ABDULLAH

Thursday, December 3, 2009

JAMUAN MAKAN MALAM KAKITANGAN SK SG SIONG TENGAH


Tempat: RH Hotel, Sibu
Masa: 0700 pm

Majlis Makan Malam ringkas telah diadakan di RH Hotel dengan dihadiri seramai 12 orang termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Majlis diadakan bagi meraikan usaha dan penat lelah guru-guru dan kakitangan bagi sesi 2009 ini. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama guru dan kakitangan serta pertemuan akhir sebelum berjumpa kembali bagi sesi 2010 akan datang.

Selamat Bercuti buat semua guru dan kakitangan. Semoga cuti kita dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan kembali bersemangat untuk sesi akan datang.